fb fb fb fb fb

Bukan mudah letakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen, kajian mendalam diperlukan


KUALA LUMPUR, 8 Januari - Cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)ba wah seliaan Parlimen bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bagi memastikan SPRM berkesan, ia perlu beroperasi secara bebas.

Jelasnya dalam satu kenyataan, penubuhan SPRM bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) adalah untuk memastikan kebebasan suruhanjaya dan ini tidak boleh dikompromi dalam apa cara sekalipun.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak yang mencadangkan supaya SPRM diletakkan bawah seliaan Parlimen, dengan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu ditentukan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Langkah itu disifatkan pelbagai pihak sebagai bukti kesungguhan kerajaan untuk melaksanakan agenda pembaharuan institusi Parlimen, seiring dengan Memorundum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Media Baharu