fb fb fb fb fb

Raja Perlis lancar Persiaran Makanan Bintong

KANGAR, 8 JANUARI - Persiaran Makanan Bintong, bakal melonjakkan ekonomi penduduk khususnya dalam kalangan pengusaha kedai makanan.

Titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, disebalik pelaksanaannya, aspek kebersihan terutamanya dikalangan pengusaha serta premis makanan perlu dipertingkatkan.

Ini kerana, amalan menjaga kebersihan selaras dengan tuntutan dalam agama dan persiaran makanan Bintong bakal menjadi contoh peningkatan amalan penjagaan kebersihan.

Justeru itulah, tanggungjawab menjaga kebersihan bukan hanya pada penguatkuasa yang terlibat, malah masyarakat juga perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan khususnya premis makanan.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan kepimpinan kerajaan negeri.

Persiaran makanan Bintong menghimpunkan pelbagai restoran dan kedai makan dalam satu kawasan yang menjadi tarikan utama pengunjung.

 

Media Baharu