fb fb fb fb fb

TH usaha tingkat khidmat haji terbaik

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Tabung Haji (TH) terus berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya sebagai penyedia perkhidmatan haji terbaik kepada umat Islam Malaysia termasuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak di Arab Saudi.

Terbaharu , TH telah memeterai perjanjian bersama empat agensi yang terlibat dalam pengurusan haji di sana.

Dalam hantaran di laman sosialnya TH memaklumkan, perjajian bersama tersebut ditandatangani Pengarah Eksekutif Haji, Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, dalam lawatan kerja ke Arab Saudi bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, disaksikan Pengerusi TH. Tan Sri Azman Hj Mokhtar.

Bagi memastikan pergerakan jemaah haji berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan, TH memeterai perjanjian bersama pihak Wakalah dan Bahagian Tafwej, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Selain itu, perjanjian bersama pihak Naqabah yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan bas kepada para jemaah di Tanah Suci dan Muassasah Adilaq yang menyediakan perkhidmatan mutawwif di Madinah.

(Perjanjian bersama pihak Naqabah yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan bas/FB TH)

Media Baharu