fb fb fb fb fb

Pembangunan bandar pintar inklusif beri impak positif ekonomi negara

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Usaha mewujudkan mentaliti kelas pertama dalam kalangan masyarakat perlu dipergiatkan sekaligus membantu mengekalkan prestasi bandar pintar sedia ada.

Justeru, pelaksanaan Bandar Pintar memerlukan komitmen masyarakat yang celik teknologi serta bijak berasimilasi bagi menjamin persekitaran yang kondusif dan selamat.

Menurut Pakar Teknologi Pintar, Abdul Razak Abdul Majid, pembangunan bandar pintar yang inklusif mampu memberi impak positif kepada ekonomi negara dan kualiti kehidupan rakyat.

"Kita mahu memastikan warga bandar kita mempunyai mentaliti kelas pertama supaya apabila kita memasang peralatan ataupun peranti-peranti berteknologi tinggi ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk dan juga kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia, di sini.



(Foto BERNAMA)

Media Baharu