fb fb fb fb fb

Lelaki maut akibat letupan bungkusan, pasangan suami isteri didakwa

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Sepasang suami isteri dipercayai terlibat kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, pada 29 Disember lepas akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang, esok.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua suspek akan dituduh pada pukul 10.00 pagi.

Pasangan suami isteri dari Serdang, Kedah itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 29 Disember lalu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.

(Letupan di sebuah restoran di Pandan Indah)

Media Baharu