fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri Melaka sentiasa pantau pelaksanaan manifesto PRU DUN Melaka

(FOTO FAIL)

ALOR GAJAH, 15 Januari - Kerajaan negeri Melaka sentiasa memantau kemajuan pelaksanaan semua manifesto yang dijanjikan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka sebelum ini.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ia termasuk mini manifesto oleh setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi sebarang projek di kawasan masing-masing.

Katanya, beliau juga telah meminta setiap ADUN menyelesaikan mini manifesto yang dijanjikan kepada rakyat di kawasan mereka dalam tempoh yang ditetapkan.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ditemu bual media selepas menyampaikan
sumbangan Tahun Baharu Cina bagi peringkat Parlimen Masjid Tanah) 

"Macam manifesto tempoh hari setiap DUN ada manifesto DUN itu sendiri, saya sendiri pun ada tapi saya dah laksanakan sebelum ini, saya kata semua kawasan tanah perkuburan akan dipasangkan lampu solar dan saya telah pun melaksanakan selain daripada akujanji-akujanji dalam manifesto yang telah pun kita akujanji kan pada PRN yang lepas dan bagi setiap DUN mereka, ADUN sendiri yang ada mini manifesto saya minta mesti diselesaikan, kalau tempoh lima tahun, lima tahun lah, kalau tempoh setahun, dalam tempoh setahun mesti diselesaikan," kata beliau selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina bagi peringkat Parlimen Masjid Tanah di Japerun Lendu, di sini.

Jelas Sulaiman, sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan sebanyak 95% manifesto yang dijanjikan pada PRU DUN Melaka telah dilaksanakan.

Media Baharu