fb fb fb fb fb

Ceroboh perairan negara, APMM kelantan tahan empat bot nelayan asing

PASIR PUTIH, 15 Januari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat buah bot nelayan asing di percayai menceroboh perairan Negara, Khamis lepas.

Kesemua bot dari Vietnam itu ditahan pada kedudukan 90 hingga 106 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh antara pukul 6.52 petang hingga 10.24 malam.

Bot ditahan menerusi pelaksanaan Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai sekitar perairan sempadan Malaysia - Vietnam.

Pengarah APMM Negeri, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, seramai 24 orang termasuk tekong dan kru berusia antara 14 hingga 64 tahun ditahan.


(Pengarah APMM Negeri,
Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman)

Selain bot, turut di rampas peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan diesel sebanyak 1,200 liter yang dianggarkan berjumlah lebih RM1.6 juta.

"Tiada hasil tangkapan ikan di temui di dalam bot-bot yang di tahan. Kesemua bot di syaki belum sempat melakukan aktiviti perikanan dan jarak perjalanan daripada Vietnam tu mungkin dengan bot yang perlahan, dalam tiga hari baru sampai ke perairan Malaysia, sebab belum ada hasil", katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia.

Manakala, empat tekong disyaki melanggar Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili.

Semua kru pula disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang pengenalan diri yang sah.

Media Baharu