fb fb fb fb fb

17 peratus pemohon masih belum terima tablet PerantiSiswa, bakal terima masa terdekat

(Tablet PerantiSiswa)

KULAI, 15 Januari - Hanya 17 peratus daripada 362,016 pemohon yang layak masih belum menerima tablet PerantiSiswa mereka dan usaha pengagihan peranti tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata sehingga kini, sebanyak 301,737 tablet telah diagihkan kepada pemohon layak.

Menurut beliau, pihaknya telah meluluskan 25,000 daripada 63,000 rayuan permohonan PerantiSiswa yang diterima sejak 31 Disember 2022.

Baki rayuan tersebut sedang diteliti institusi pengajian tinggi terlibat bagi memastikan pemohon adalah daripada golongan B40.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching beramah mesra dengan penerima peranti
di bawah PerantiSiswa Zon Selatan, NK Aishwinny, 20, (kiri) dan CS Ckirthana, 19, pada majlis
penyerahan peranti itu di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai/ Foto BERNAMA)

Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) juga tidak menerima sebarang laporan baharu berkenaan penjualan tablet PerantiSiswa di kalangan penerima.

"Setakat ini kami tak terima apa-apa laporan lagi, apabila KKD atau pun masa itu K-KOMM, menerima makluman tentang penjualan tablet adalah pada bulan November tahun lalu, dan kes pada masa itu adalah lebih kurang 13 kes, tetapi setakat ini tak terima maklumat selanjutnya," kata beliau selepas menyempurnakan sesi penyerahan tablet PerantiSiswa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdullah Rahman Putra, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, 1,090 pemohon daripada 13 institusi pengajian tinggi dan beberapa sekolah di kawasan Johor Selatan menerima tablet masing-masing.

Media Baharu