fb fb fb fb fb

JBPM Johor periksa 182 remis tumpuan awam

JOHOR BAHRU, 15 Januari- Sebanyak 182 premis tumpuan orang awam seperti pusat beli belah dan hotel diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerusi operasi pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Operasi bermula 2 hingga 30 Januari itu melibatkan 150 pegawai bahagian Keselamatan Kebakaran di Zon-Zon, Ketua-Ketua Balai serta penyelia-penyelia di Balai Bomba dan Penyelamat seluruh negeri.

Pemangku Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pemeriksaan bagi memastikan sistem keselamatan kebombaan di premis dalam keadaan baik dan boleh digunakan jika berlaku kecemasan.

Selain memastikan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) setiap premis sentiasa bersiap siaga.

"Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti panjang pada Tahun Baru Cina. Premis seperti pusat beli-belah serta hotel akan menjadi tumpuan orang ramai pada musim cuti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan dan Ops Tahun Baharu Cina di Johor Bahru.

Pasukan dan jentera JBPM turut diletakkan di dua lokasi di lebuh raya, iaitu Yong Peng di Batu Pahat dan Sedenak di Kulai, supaya boleh bertindak lebih pantas jika menerima kes kecemasan seperti kemalangan.

(JBPM Johor melakukan pemeriksaan di premis tumpuan orang awam sempena Tahun Baharu Cina)

Media Baharu