fb fb fb fb fb

KPWKM harap program Kebun Komuniti diteruskan di setiap kawasan kejiranan

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Program Kebun Komuniti diharap dapat diteruskan di setiap kawasan kejiranan terutama di kawasan bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata usaha tersebut bagi menjamin pemakanan yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, isu kekurangan zat makanan terutama dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat khusus masyarakat bandar.

"Sekiranya berlaku lagi pandemik kita tidak boleh keluar, nak cari sumber makanan susah, tetapi sekurang-kurangnya bila kita ada kebun komuniti walaupun kecil tapi kita boleh manfaatkan.

"Kadang kala tidak perlu fikir terlampau betapa besar atau berapa ruang ekar yang kita ada tetapi dengan ruang yang kecil, dengan panduan pakar-pakar saintis, maka kita boleh suburkan hasil-hasil tanaman yang lebih baik," katanya.

(Aiman Athirah Sabu)

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Penutup Program Duta PUTRA Pemakanan Komuniti (PUTRACNAP), di sini hari ini.

PUTRACNAP yang dilancarkan April tahun lalu bermatlamat menambah baik tabiat pemakanan dan gaya hidup dalam kalangan rakyat.

Program merupakan anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Nestle Malaysia.

Media Baharu