fb fb fb fb fb

Elak buat spekulasi kes sisa daging babi atas jalan - Polis

(Sisa daging babi yang dilaporkan bertaburan di Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi di Kepala Batas pada pagi Sabtu/
FB info.semasa)

TASEK GELUGOR, 15 Disember- Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian sisa daging babi yang bertaburan di atas Jalan Pokok Tampang menghala Lahar Yooi, di sini, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, hasil pemantauan di lokasi mendapati sisa daging babi itu adalah hasil penyembelihan yang ingin dibawa ke tapak pelupusan untuk dilupuskan.

"Kerja pembersihan kemudian dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan kakitangan syarikat haiwan ternakan itu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

(Foto FB info.semasa)

Media Baharu