fb fb fb fb fb

197 individu terima anugerah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80

ALOR SETAR, 15 Januari- Seramai 197 individu menerima anugerah sempena Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80.

Istiadat penganugerahan disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi tadi.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Seramai 115 orang Penerima Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran bagi Tahun 2021.

Daripada jumlah itu, dua individu menerima darjah Setia Mahkota Kedah (S.M.K); 31 orang menerima Setia Diraja Kedah (S.D.K); 51 orang menerima Ahli Mahkota Kedah (A.M.K); Seorang menerima Ahli Setia Pahlawan (A.S.P); dan 30 orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K).

Sementara itu, 82 orang Penerima Darjah-Darjah, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran bagi Tahun 2022.

Daripada jumlah itu, seorang menerima darjah Setia Sultan Sallehuddin Kedah (S.S.S); 25 orang menerima S.D.K; 28 orang menerima A.M.K; empat orang menerima A.S.P; dan 24 orang menerima B.C.K.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

(197 individu menerima anugerah sempena Istiadat Penganugerahan 
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80)

Media Baharu