KUALA TERENGGANU, 15 Januari- Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma.
Pengakuan dibuat tertuduh Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 27, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang pengasuh didakwa menganiaya mangsa berusia empat bulan sehingga mengalami pendarahan di dalam kepala selain mengalami keretakan di bahagian kiri tempurung kepala.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah taska di daerah Kuala Terengganu dari 1 hingga 3 Januari 2023.
Mengikut seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
16 Februari depan ditetapakan sebagai tarikh sebutan semula kes.
(Pengasuh TASKA mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan mendera)