fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di beberapa negeri- MetMalaysia

(Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
yang dikeluarkan oleh MetMalaysia)

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 7.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.

"Di negeri Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Manakala di negeri Perak pula melibatkan beberapa daerah seperti Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

Selain itu, amaran tersebut melibatkan beberapa daerah di negeri Pahang iaitu Bentong dan Kuantan.

"Di negeri Selagor pula, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Negeri Sembilan pula adalah daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Sementara itu, di Johor, keadaan cuaca yang sama juga dijangkakan berlaku. Ia melibatkan daerah seperti Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Turut terlibat negeri Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song).

(Foto hiasan)

Media Baharu