fb fb fb fb fb

TH santuni lebih 800 jemaah haji dalam Program Ziarah Rahmah

Foto RTM

MAKKAH, 21 Mei - Lebih 800 jemaah haji berjaya disantuni menerusi program ziarah rahmah bilik ke bilik yang digerakkan Unit Kesihatan Awam Lembaga Tabung Haji (TH).

Program bertujuan memantau kesihatan mereka sepanjang musim haji tahun ini. 

Penyelaras Operasinya, Dr. Asraf Ahmad Qamruddin berkata, aktiviti tersebut juga sebagai platform buat petugas kesihatan bertanya khabar selain menyampaikan maklumat berhubung kesihatan kepada jemaah. 

"Kami berikan maklumat mengenai faktor cuaca dan juga kepentingan pengambilan air, bagaimana mengelak daripada kelesuan haba, macam mana jemaah haji nak mengelakkan diri mereka daripada kena jangkitan salur pernafasan dan macam mana jemaah haji hendak mengelakkan perkara yang selalu menyebabkan jemaah haji kita jatuh sakit", katanya kepada media selepas menyertai Program Ziarah Rahmah di hotel penginapan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD