fb fb fb fb fb

Myvi Conversion, prototaip EV sulung PERODUA

Prototaip kenderaan elektrik (EV) pertama PERODUA, Myvi Conversion di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, 21 Mei- PERODUA mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikat automotifnya optimis model EV pertama itu dapat dilancarkan menjelang akhir tahun depan.

Harga kereta itu tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak kurang daripada RM50,000.

Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa, rangkaian penggerak kuasa dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia.

Manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

"Ini adalah sesuatu yang baharu bukan sahaja daripada segi produk tetapi kilang juga. Kita boleh gantikan bateri kereta EV kami dengan cepat,"kata Datuk Seri Zainal Abidin.

Tambahnya, proses pembangunan bangku pengujian kuasa itu dibuat dengan kerjasama daripada tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

Beliau berkata demikian di Malaysia Autoshow 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE