fb fb fb fb fb

Fahmi Fadzil, warga Kementerian Komunikasi sertai program FITMalaysia@Putrajaya

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Mei- Usaha menerapkan gaya hidup sihat dengan bersukan disambut baik Kementerian Komunikasi.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata program seumpama; FITMalaysia@Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diyakini dapat membendung isu obesiti komuniti Putrajaya.

"Seperti yang Menteri Kesihatan maklumkan komuniti di Putrajaya antara komuniti yang mungkin paling tinggi obesiti dan juga penyakit tidak berjangkit jadi saya harap aktiviti riadah seperti ini akan dapat mencetus semangat untuk lebih ramai terlibat dalam aktiviti bersukan setelah habis bekerja kita luangkan masa 45 minit sejam bersama kawan-kawan dan ini bagi saya adalah satu budaya sihat,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas program FITMalaysia@Putrajaya.

FITMalaysia@Putrajaya dilaksanakan bagi menerapkan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Putrajaya melalui program berbentuk pendidikan dan aktiviti sukan.

Aktiviti tersebut akan diadakan pada setiap Selasa dan Rabu; penyertaan adalah percuma.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE