KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan fi konsortium perunding bagi tujuan penjenamaan adalah RM5.9 juta bagi tempoh tiga tahun.
TH menerusi kenyataan memaklumkan kos itu melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran, audit dan pelan penjenamaan serta perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman.
Setakat ini, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran.
TH juga menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain dibuat bagi inisiatif berkenaan.
Penjelasan tersebut sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar pada 18 ogos lalu.