fb fb fb fb fb

Terserah nak kawan dengan siapa - Ismail Sabri

Foto Bernama

PAHANG, 22 Oktober- "Terserah dia mahu berkawan dengan siapa." Itulah jawapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir Mohamad yang bersedia untuk berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menjawab pertanya media di Bera, Pahang)

"Itu hak dia, hendak berkawan dengan DAP ke siapa pun, terserah. Sebelum ini pun mereka pernah berkawan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Penyerahan Komputer #Thetacares oleh Theta Edge Berhad di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang.

Untuk rekod, sebelum ini Tun Mahathir juga berkata partinya, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki PRU15.

Media Baharu