fb fb fb fb fb

Pemberian subsidi bantu tingkat pengeluaran telur ayam

(FOTO HIASAN)

SUNGAI RAMBAI, 22 Oktober - Pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur dijangka dapat memulihkan semula bekalan tersebut di pasaran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata isu kekurangan bekalan itu dihadapi berikutan pemain industri tidak dapat menambah pengeluaran di kilang mereka kerana berdepan kerugian akibat peningkatan kos yang sangat tinggi termasuk bahan mentah.

Katanya, peningkatan itu menjadi bebanan buat penternak sehingga menyukarkan mereka mempercepat proses pengeluaran.

(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah)

"Kalau ikut Tahap Sara Diri (SSL) kita, ayam adalah 104 peratus, sementara telur sebanyak 115 peratus maknanya kita ada lebihan telur yang banyak.

"Tapi dalam masa yang sama, setiap pengeluaran yang dibuat 70 peratus daripada kos pengeluaran itu adalah makanan tetapi bekalan makanan yang terpaksa diimport. Jadi bebanan yang ditanggung oleh penternak tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (PJTDLKM) dan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di sini.

Tambah Ahmad Hamzah, beberapa sesi lawatan serta kajian telah dilaksana MAFI bagi membantu mereka agar tiada kerugian ditanggung penternak dan pengeluar telur ayam di masa hadapan.

Media Baharu