fb fb fb fb fb

Lima pusat pengumpulan bahan buangan e-waste akan dibina

KUANTAN, 22 Oktober- Lima pusat pengumpulan bahan buangan peralatan elektrikal dan elektronik (e-waste) di negara ini akan dibina bagi memastikan alam sekitar tidak tercemar.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perancangan bagi pembinaan pusat itu telah dihantar ke unit pembangunan ekonomi untuk dipertimbangkan.

Menurutnya, fasiliti itu perlu disediakan bagi memudahkan masyarakat dan industri menguruskan sisa buangan mereka secara berjadual dan selamat.

"Bagi pihak kementerian kita bercadang untuk menambahkan fasiliti pusat pelupusan sisa berjadual e-waste kita termasuk di Pantai Timur ini kita belum ada.

"Kita cadang satu bina untuk Kelantan, Terengganu, Pahang...kita ada lagi lima tambahan, satu di Pantai Timur, satu lagi di Sabah dan tiga lagi di utara, tengah dan selatan.

"Ini kemudahan kepada pihak industri sekurangnya pelupusan itu dapat dipermudahkan untuk mereka buat," katanya.

(Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media pelancaran Buku Islam dan Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Dewan Bandaraya Kuantan, di sini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mahu semua pihak berinovasi untuk melaksanakan kawalan kendiri dalam setiap aktiviti yang dijalankan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Media Baharu