fb fb fb fb fb

17 hingga 21 November, tarikh pelepasan pelajar IPT pulang mengundi PRU 15 - KPT

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuat ketetapan dan meminta supaya semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad, tarikh pelepasan yang diberikan adalah dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik
ke lokasi mengundi.


(Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad)

"Keputusan ini diambil selaras usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 seperti yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021 (Seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019) dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang berdemokrasi, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, semua IPT adalah diminta memastikan semua kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Media Baharu