fb fb fb fb fb

KPT beri kebenaran pelajar IPT pulang mengundi

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 22 Oktober - Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan diberi pelepasan lima hari untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar berkata pelepasan itu diberikan kepada pelajar bermula 17 hingga 21 November ini.

(Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar)

"Berlandaskan kepada semangat serta penguatkuasaan Undi18, KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi. Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh berkenaan hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain," katanya dalam satu surat edaran.

Tambah Profesor Husaini, tempoh pelepasan selama lima hari disifatkan wajar kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.

"Surat makluman telah diedar kepada kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut," katanya.

Media Baharu