KUALA LUMPUR, 20 Jun- Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut menyambut baik pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu.
Beliau berpandangan kepentingan rakyat turut diutamakan menerusi pelaksanaan tarif elektrik baharu ini.
Dalam masa sama, rakyat akan lebih memahami kaedah penjimatan yang lebih efisien.
"Yang paling penting ialah rakyat tidak dibebankan secara berlebihan.
"Kita tidak dapat lari daripada mengenakan kos yang mungkin dianggap tinggi, tetapi asasnya ialah apa yang dilakukan bertujuan memastikan rakyat biasa tidak terlalu terkesan kecuali bagi mereka yang menggunakan elektrik secara berlebihan.
"Jadi, pelaksanaan jadual tarif elektrik yang baharu ini adalah lebih adil dan progresif," katanya ketika dihubungi RTM.
BERITA BERKAITAN: