fb fb fb fb fb

PDRM akan perkasa penggunaan teknologi terkini

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR , 20 Jun - Kecemerlangan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus diperkasa dengan memanfaatkan penggunaan teknologi terkini, termasuk kecerdasan buatan (AI), dalam aspek pengurusan keselamatan serta kepolisan negara.

Ini selari dengan perubahan pemodenan PDRM.

Komitmen tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang baharu dilantik menggantikan Tan Sri Razarudin Husain.

"Pelaksanaan dan penggunaan AI menjadi isu yang saya rasa perlu diketengahkan supaya pasukan kita lebih ke hadapan pada masa akan datang dan dapat menangani semua permasalahan sama ada dalam bentuk jenayah atau ancaman yang ada pada kita." beliau ditemui media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur.

Katanya lagi, beliau akan meneruskan kepimpinan Tan Sri Razarudin Husain dalam memperkukuh integriti serta meningkatkan kecekapan pasukan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ