fb fb fb fb fb

PDRM perkukuh budaya integriti, hapus budaya salah guna kuasa

Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah proaktif memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus dalam kalangan warga pasukan, selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berkompromi terhadap sebarang isu penyelewengan, salah guna kuasa dan ketirisan integriti.

Menurut Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain, barisan kepimpinan tertinggi pasukan keselamatan itu telah merangka dan melaksanakan beberapa dasar serta arahan khusus bagi memastikan nilai-nilai tersebut diterapkan secara menyeluruh dalam perkhidmatan.

"Seiring dengan penegasan Perdana Menteri untuk tidak berkompromi terhadap isu integriti, penyelewengan dan salah guna kuasa, barisan kepimpinan tertinggi telah mengeluarkan beberapa dasar dan arahan bagi memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga pasukan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Paluan Berundur dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di sini, hari ini.

2006 NSL RAZARUDIN MANTAN IGP 1Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara ke-15 berkuat kuasa 23 Jun menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara selepas lebih empat dekad menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tan Sri Razarudin Husain yang menyertai PDRM sejak 1982 dikenali sebagai seorang yang tegas dan komited dalam membanteras jenayah terancang, penyalahgunaan dadah serta penyelewengan dalam pasukan, selain menekankan kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

Beliau meninggalkan legasi yang dihormati dalam pasukan keselamatan negara, manakala pelantikan penggantinya dijangka meneruskan kesinambungan agenda pembaharuan PDRM selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE