BESERI, 20 Jun- Seramai 30 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekitar Parlimen Padang Besar menerima Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2024.
Setiap pelajar menerima insentif sebanyak RM100 sebagai satu penghargaan dan sokongan moral bagi setiap pelajar.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais, kesemua yang menerima insentif yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.
Setiap pelajar yang berjaya dalam SPM diingatkan agar terus mengilap kecemerlangan di peringkat tertinggi dan menjadi contoh kepada rakan-rakan serta ahli keluarga.
"Saya ucapakan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dan kami UMNO bahagian Padang Besar berbangga di atas keputusan ini.
"Insya-Allah kami doakan bahawa adik-adik dan anak-anak pelajar-pelajar ini akan menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan yang akan berkhidmat di dalam Parlimen Padang Besar atau di peringkat negeri dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Inisiatif SPM Parlimen Besar di Pejabat UMNO Bahagian Padang Besar di sini.
Kesemua pelajar yang menerima insentif itu telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di beberapa institusi pengajian tinggi seluruh negara.