fb fb fb fb fb

PRIME: Perkukuh kesiapsiagaan gangguan komunikasi ketika bencana

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) menampilkan pendekatan bergerak yang mampu beroperasi tanpa bergantung kepada infrastruktur sedia ada, khususnya ketika bencana seperti banjir yang melumpuhkan rangkaian komunikasi.

Menurut Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Profesor Ir. Dr. Kamarul Ariffin Noordin, pelaksanaan sistem itu merupakan langkah strategik dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap gangguan komunikasi.

"Inisiatif pelaksanaan sistem PRIME ini adalah tepat pada masanya dimana ia memang sangat sesuai untuk menjadi pelengkap kepada infrastruktur komunikasi yang sedia ada.

"Untuk menjadikan sistem PRIME dapat diperluaskan lagi secara mampan ke seluruh negara, agensi-agensi yang berkenaan hendaklah mengenal pasti kawasan-kawasan yang mungkin atau biasanya terjejas apabila berlakunya bencana.

"Dengan ini, sistem PRIME boleh ditempatkan di lokasi-lokasi strategik termasuk kawasan luar bandar supaya ianya dapat digerakkan dengan segera di kawasan terbabit.

"Dengan itu, barulah sistem ini dapat benar-benar dimanfaatkan untuk menangani situasi semasa bencana atau jika berlakunya masalah sistem komunikasi," katanya kepada RTM.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, melancarkan sistem PRIME pada 16 Jun lalu sebagai inisiatif strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana dan situasi kecemasan di kawasan awam.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM