fb fb fb fb fb

Keputusan permohonan rayuan ke universiti awam pada Selasa

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 boleh disemak mulai Selasa ini (25 Oktober).

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh menyemak keputusan mulai 12 tengah hari pada 25 Oktober hingga 5 petang pada 30 Oktober di https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Keputusan rayuan juga boleh disemak melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket menerusi telefon pintar dengan pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 hingga 30 Oktober di laman web rasmi UA.

"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

"Tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan," menurut kenyataan berkenaan.-BERNAMA

(Keputusan rayuan juga boleh disemak melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket menerusi telefon pintar dengan pengesahan
setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 hingga 30 Oktober di laman web rasmi UA)

Media Baharu