fb fb fb fb fb

Pengurusan cekap lonjak prestasi industri pembinaan tempatan

Datuk Seri Ahmad Maslan/ Foto RTM

KUNAK, 16 Julai - Pengurusan yang cekap membolehkan industri pembinaan tempatan, menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata daripada 800 projek pembinaan, 200 berada dalam kategori projek siap awal dari jadual (AOT).

"Tetapi masih lagi tidak mencukupilah sebab 200 daripada 800. 200 lebih yang 'Ahead of Time' (AOT) di seluruh negara," katanya.

Beliau ketika mendedahkan perkara itu memaklumkan bahawa kategori AOT termasuk lima sekolah di Sabah.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, Tawau, SK Nanamun, Kota Belud, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan, Nabawan serta SMK Bum-Bum dan SK Tagasan, masing-masing di Semporna.

Dalam masa sama, beliau mengharapkan kontraktor-kontraktor terlibat lebih proaktif dalam menyiapkan projek tanpa lanjutan masa (EOT).

Pegawai teknikal disaran mempelajari kaedah pembinaan pantas dan penggunaan sistem moden di luar negara bagi mempercepat tempoh siap tanpa menjejaskan kualiti.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM