fb fb fb fb fb

NSRC diterajui PDRM, perkukuh tindak balas penipuan dalam talian

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Julai - Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuat-kuasa serta merta. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan tindakan itu dilaksana sebagai langkah strategik memperkasa tindak balas terhadap jenayah penipuan yang berleluasa secara dalam talian.

Jelasnya, PDRM akan mengendalikan operasi NSRC sepenuhnya dengan talian 997 dikekalkan dan beroperasi 24 jam. 

"Seorang mangsa membuat panggilan kemudian, pusat panggilan terima panggilan, kemudian dia akan diminta memberikan butiran. Kemudian pusat panggilan ini, NSRC akan menghubungi pihak bank, kemudian arahkan supaya akaun ditutup.

"Seterusnya, pemanggil itu diminta pergi balai polis tolong pergi buat laporan. Pada pemanggil, aku dah call sebagai laporan, tetapi sekarang tidak seperti itu. Perbezaan kita adalah sekarang ini, panggilan dia buat itu akan jadikan sebagai laporan polis", katanya.

Menurut Datuk Seri Saifuddin, NSRC kini menerima 500 panggilan setiap hari, sekali gus menunjukkan peningkatan trend penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bulan Julai 2025 di Putrajaya. 

ROSLINA BINTI DIN