fb fb fb fb fb

28 penduduk terjejas banjir kilat di Padang Terap dibenarkan pulang ke rumah

KUALA NERANG, 22 Oktober- Kesemua 28 penduduk terjejas banjir kilat yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Padang Terap, Kedah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, pagi tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (Pertahanan Awam) Roshidi Kassim, air telah surut sepenuhnya.

Susulan itu, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Baru Padang Sanai, ditutup.

Dalam kejadian petang semalam, hujan lebat berterusan selama empat jam bermula pukul 6 petang mengakibatkan paras air sungai berdekatan naik mendadak.

(Situasi membolehkan penduduk pulang untuk membersihkan kediaman mereka)

Media Baharu