fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada Hamzah atas pemergian ibu mentua

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin atas kehilangan ibu mentua dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh, Perak malam tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri mendoakan agar Datuk Seri Hamzah terus kuat berhadapan dengan ujian berkenaan dan beliau turut bersedih di atas insiden tersebut.

"Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan diberi tempat yang istimewa oleh-Nya. Insya-Allah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.00 malam tadi, kediaman dua tingkat milik keluarga mentua Datuk Seri Hamzah terbakar.

Kejadian itu menyebabkan ibu mentuanya, Salmiah Nyakk Matt, 84, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, mengalami kesukaran bernafas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM