fb fb fb fb fb

PRU15: Golongan belia diingatkan bijak memilih

SINTOK, 22 Oktober- Golongan muda khususnya mereka yang baru pertama kali layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) perlu berfikiran matang dan bijak dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan.

Mereka juga diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba menyebarkan dakyah dan maklumat palsu khususnya menerusi media sosial.

Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata golongan muda khususnya mahasiswa perlu membuat penilaian yang teliti apabila menerima sesuatu maklumat.

Mereka perlu merujuk dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab sebelum membuat pertimbangan atau keputusan.

"Saya juga mengharapkan belia-belia, pemuda, mahasiswa yang akan mengundi pada pilihan raya yang akan datang ini berfikirlah dengan rasional, jangan mengundi dengan cara membabi buta. Fikirlah dengan kaedah yang terbaik, berbincanglah dengan keluarga, sanak saudara apabila kita ingin memilih sebuah kerajaan yang dapat memberikan kemakmuran, kebajikan yang terbaik untuk masyarakat dan rakyat. Jangan apabila kita mendengar sahaja manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang kita mudah terpesona," katanya.

Kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melaksana dan menyediakan pelbagai inisiatif dan agenda yang memberi banyak manfaat terutama kepada golongan muda.

Antaranya Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Malah melalui Bajet 2023, antara faedah yang bakal dinikmati golongan belia termasuk Inisiatif e-Pemula yang diteruskan pada tahun hadapan dan ditambah baik dengan jumlah kredit e-dompet dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

Program tersebut akan memberi manfaat kepada 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berusia 21 tahun ke atas dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah RM305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank.

Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis

Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana RM50 juta menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk 10,000 anak muda menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan ‘food truck’.

Bagi membantu belia kumpulan B40 yang menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan ‘e-hailing’, Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen di bawah program MyPSV. Kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.

Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan dengan peruntukkan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Media Baharu