fb fb fb fb fb

Kerajaan komited bangun infrastruktur kawasan perumahan generasi baharu FELDA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

JEMPOL, 1 Mei – Kerajaan Persekutuan komited membangunkan infrastruktur ke kawasan perumahan Generasi Baharu FELDA bagi memastikan kebajikan golongan itu terus terbela.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menyedari keperluan kritikal terhadap kemudahan itu dan akan berusaha mendapatkan peruntukan sewajarnya.

“Cumanya mereka mohon agar infrastruktur untuk masuk ke kawasan perumahan itu dibiayai oleh kerajaan Persekutuan, dan insya-Allah saya akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan bagi pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Lembaran Kasih Aidilfitri 2025 bersama warga FELDA di Padang Awam Felda Palong Tiga, di sini.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pahang atas komitmen menyantuni keperluan generasi baharu FELDA di negeri masing-masing.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN