
TEHRAN, 6 April – Pegawai kanan Iran, Ali Akbar Velayati memberi amaran bahawa kesilapan berulang oleh Amerika Syarikat (AS) boleh mencetuskan penutupan Bab el-Mandeb, iaitu laluan maritim utama, lapor Mehr News Agency (MNA).
- Barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb setara kepentingannya dengan Selat Hormuz.
- Satu isyarat sahaja boleh menggangu aliran tenaga dan perdagangan global jika AS mengulangi kesilapan mereka.
- AS masih belum faham geografi kuasa serantau; mencabar Iran boleh membawa akibat strategik serta-merta.
Velayati, anggota Expediency Discernment Council berkata barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb mempunyai kepentingan strategik, sama seperti Selat Hormuz.
Menerusi hantaran di laman media sosialnya, beliau mendakwa White House akan segera menyedari bahawa aliran tenaga dan perdagangan global boleh terganggu hanya dengan satu isyarat sekiranya mereka mengulangi “kesilapan bodoh.”
Beliau berkata walaupun AS secara sejarahnya telah belajar daripada Iran, negara itu masih belum memahami sepenuhnya geografi kuasa serantau, sekali gus memberi bayangan bahawa sebarang cubaan mencabar Iran boleh membawa kepada akibat strategik serta-merta. – BERNAMA-MNA