fb fb fb fb fb

Sokongan kepada pesakit kanser boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk

SUNGAI PETANI, 22 Oktober- Orang ramai diharap dapat terus memberi sokongan dan semangat kepada pesakit kanser agar mereka kuat melawan penyakit tersebut.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA, Datuk Shahanim Mohd Yusof berkata sokongan kepada pesakit kanser boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk.

Antaranya memberi sokongan kepada kempen Pink Oktober, sebagai tanda prihatin kepada mereka yang sedang melawan barah payudara.

Usaha tersebut sekali gus dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit barah payudara dan lebih responsif dalam menangani dan mencegahnya.

(Datuk Shahanim Mohd Yusof (tengah) ketika menghadiri Program Kempen Kesedaran
mengenai barah payudara di lobi Hospital Sultan Abdul Halim)

Shahanim menyatakan demikian selepas menghadiri Program Kempen Kesedaran mengenai barah payudara di lobi Hospital Sultan Abdul Halim, di sini.

Pada masa sama, katanya pesakit kanser tidak harus mengalah dan patah semangat apabila disahkan menghidap kanser.

Sebaliknya perlu kuat dan terus berikhtiar merawat penyakit tersebut.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya melakukan pemeriksaan awal penyakit kanser.

Media Baharu