fb fb fb fb fb

NGO santuni golongan B40 sempena Deepavali

SUNGAI PETANI, 22 Oktober- Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap bersatu padu, bantu-membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama, budaya dan latar belakang.

Keharmonian "Keluarga Malaysia" itu jelas terserlah ketika menyambut sesuatu perayaan termasuk Hari Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat India pada 24 Oktober ini.

Hampir 40 masyarakat India yang kurang bernasib baik menerima sumbangan hamper sempena Deepavali daripada Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) dan SP Club.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penasihat PMPM, Dato' Seri Cheng Soo Chye, di sini.

Antara penerima yang menerima sumbangan hamper sempena Deepavali daripada
Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) dan SP Club

Menurut Dato' Seri Cheng, kebanyakan penerima sumbangan bekerja sebagai tukang sapu, tukang cuci, tukang kebun, tukang mesin rumput dan keluarga kurang berkemampuan.

Beliau berkata walaupun sumbangan yang diberikan tidak banyak, namun diharap dapat menambah keceriaan dan kegembiraan masyarakat India untuk meraikan Hari Deepavali tidak lama lagi.

Media Baharu