fb fb fb fb fb

PUNB harap peruntukan dikekalkan, bantu pembangunan usahawan Bumiputera

JERANTUT, 22 Oktober- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menerima peruntukan tambahan berjumlah RM250 juta menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu untuk manfaat bagi pembangunan usahawan Bumiputera.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berharap peruntukan itu dapat dikekalkan oleh kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Peruntukan tersebut penting untuk membeli aset seperti premis perniagaan yang akan digunakan pengusaha PUNB.

Menurutnya, kaedah sewa beli premis itu antara usaha PUNB untuk membantu usahawan sehingga mereka mampu mengembangkan perniagaan serta berdaya saing.

"Kita harap angka itu dapat dikekalkan kerajaan baharu nanti kerana peruntukan tambahan itu untuk kita perlukan membeli hartanah, aset rumah kedai terutamanya yang ada di bandar-bandar yang di sewa oleh pengusaha PUNB.

"Dan dengan adanya peruntukan ini kalau tuan punya kedai itu nak sewa maka kita akan beli dan kita bagi balik kepada pengusaha dalam bentuk sewa beli. Maknanya sewa dulu, kemudian bila layak kita jual balik kepada mereka," katanya. 

(Datuk Ahmad Nazlan Idris)

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Program Kasih Suri Keluarga Malaysia (i-SURI) dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Perumahan Kos Rendah 410, bandar Jerantut, di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan PUNB menawarkan pinjaman minimum sebanyak RM100,000 sehingga maksimum RM10 juta kepada usahawan Bumiputera, dengan tertakluk kepada beberapa syarat untuk membesarkan perniagaan dan membeli aset tertentu.

Media Baharu