fb fb fb fb fb

TERAS sokong pemaparan harga ubat, tuntut ketelusan sektor kesihatan

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menyambut baik pelaksanaan wajib paparan harga ubat di klinik dan farmasi swasta mulai hari ini, yang disifatkan sebagai hak pengguna yang tertangguh terlalu lama.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, langkah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ini penting bagi mengelak manipulasi harga ubat dan memperkasa pengguna, terutama dalam situasi ekonomi mencabar.

Menurutnya, kelewatan sejak 2018 dalam mekanisme ketelusan harga ubat menyumbang kepada inflasi kesihatan yang kini mencecah 15 peratus, lebih tinggi berbanding purata global dan Asia Pasifik.

TERAS turut menggesa agar peraturan ini diperluas ke sektor perubatan alternatif supaya semua pengguna mendapat akses kepada maklumat dan pilihan rawatan yang adil dan berpatutan.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN