fb fb fb fb fb

Sedia bantu calon baharu jika tidak bertanding - Datuk Ahmad Nazlan Idris

JERANTUT, 22 Oktober- Penyandang Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris sudah bersedia sekiranya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Beliau menjelaskan tiada isu yang sepatutnya timbul kerana mana-mana calon khususnya kalangan orang muda dalam Jawatankuasa UMNO Jerantut boleh mengambil alih tugas kepimpinan dalam Parlimen itu, pada masa akan datang.

Beliau berkata, penyertaannya dalam PRU15 adalah keputusan parti.

Justeru, tiada sebarang isu patut timbul jika namanya tidak tersenarai.

Datuk Ahmad Nazlan Idris

Beliau turut menyifatkan peluangnya menjadi ahli Parlimen di kawasan itu sebagai pengalaman berharga dan berterima kasih kepada semua atas sokongan yang diterima.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kasih Suri Keluarga Malaysia (I-SURI) dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Perumahan Kos Rendah 410, di sini.

Media Baharu