KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Malaysia bakal menyertai 15 negara dunia dengan yang melaksanakan sistem perlindungan undang-undang khas untuk pekerja sektor gig, seiring usaha memperkukuh hak dan kebajikan golongan itu.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang sedang dirangka adalah hasil kajian dan perbandingan teliti dengan 15 negara lain yang telah menguatkuasakan undang-undang seumpama itu.
Versi Malaysia pada persidangan anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, baru-baru ini dilihat sebagai menyeluruh, realistik dan sejajar dengan keperluan semasa
RUU tersebut turut mengambil kira model perlindungan dari negara jiran seperti Singapura dan Filipina, serta negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan India, yang mempunyai persamaan dari segi struktur undang-undang buruh.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa RUU Pekerja Gig dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama dalam Dewan Rakyat pada 14 Ogos ini, manakala bacaan kedua dan ketiga dijangka berlangsung pada 26 Ogos.
Kerajaan berharap undang-undang tersebut dapat diluluskan sebelum berakhirnya sidang Parlimen kali ini.