fb fb fb fb fb

PKPS lancar projek tenusu berskala besar, kurangkan kebergantungan import

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ditemu bual media selepas majlis Pecah Tanah Kompleks Lembu Tenusu PKPS “Ehsan Dairy Farm” di Ladang Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Sungai Tengi / BERNAMA

HULU SELANGOR, 10 Ogos – Malaysia masih bergantung hampir 95 peratus kepada import produk tenusu dari luar negara.

Bagi mengurangkan kebergantungan tersebut, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sedang melaksanakan projek pengeluaran tenusu berskala besar yang dijangka menjadi 'game-changer' kepada industri tempatan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, usaha itu sejajar dengan objektif Rancangan Malaysia ke-13 yang menumpukan kepada pengurangan beban perbelanjaan import bahan makanan, termasuk produk tenusu.

“Jadi usaha yang dilakukan PKPS adalah satu langkah proaktif agar kita dapat mengurangkan secara signifikan import produk tenusu, terutama yang boleh dihasilkan di negara kita,” jelas beliau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE