PETALING JAYA, 10 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 6.00 petang ini.
METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Perak, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Cuaca sama turut dijangka di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut), dan negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Amaran tersebut turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),
Selain itu, di Sarawak (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Miri (Telang Usan) dan Limbang Sabah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Sandakan).