fb fb fb fb fb

Terperangkap dalam banjir, lapan wanita diselamatkan JBPM Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 3 Mac- Lapan wanita terperangkap banjir selama tiga hari berjaya diselamat dan dipindahkan menerusi operasi penyelamatan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kota Tinggi, pagi tadi.

Mereka berumur 19 sehingga 31 tahun itu terkandas tiga hari di rumah sewa sejak Selasa lalu selepas kawasan kediaman mereka berhampiran Sungai Johor tidak dapat dilalui kenderaan.

Ketika ditemui kru berita RTM, mereka menghubungi JPBM khuatir terputus bekalan makanan berikutan keadaan banjir semakin buruk.

Menurut seorang pekerja pasaraya Fatin Anisah Che Anaf, "kami tidak menjangka air akan naik tinggi, sebab saya pun pertama kali mengalami perkara ini. Saya makan makanan ringan dengan biskut yang sedia ada.

"Semasa panggilan dibuat, mereka risau dengan keadaan kami di sini. Pada ketika itu Sungai Kota Tinggi pun semakin tinggi dan air pun laju."

Bagi penyelia pasaraya Roziana Zaharuddin, "kawasan ini selalu banjir jadi kita tahu keadaan itu, namun kita tidak jangka malam tadi air akan melimpah.

"Jadi keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing belum diputuskan, sebab kita tidak pasti apa yang akan berlaku. Air pun naik secara deras," katanya di sini.

Operasi menyelamat kesemua mangsa diketuai Pemangku Ketua Zon 2 Johor, Timbalan Penguasa Bomba Dua, Tahrin Saat bersama lima anggota dari BBP Kota Tinggi memasuki pusat bandar yang ditenggelami air banjir setinggi dua meter.

(Lapan wanita terperangkap banjir diselamatkan JBPM Kota Tinggi)

Media Baharu