fb fb fb fb fb

Pahang hantar bantuan ke Johor bernilai RM80,000

Foto FB Menteri

KUANTAN, 3 Mac- Kerajaan Pahang memperuntukkan hampir RM80,000 bagi menghantar sumbangan melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin ke Johor, hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada lebih 30,000 penduduk terjejas banjir di negeri itu.

"Bantuan ke Johor ini adalah sememangnya menjadi amalan kita di Pahang. Sebelum ini, Terengganu dan Selangor juga kita bagi bantuan.

Di Johor ini, saya dimaklumkan hampir lebih 30,000 yang terkesan akibat banjir ini. Maka, kerajaan negeri Pahang terpanggil untuk membantu tetapi dalam bentuk barangan yang bernilai hampir RM80,000," kata Wan Rosdy kepada pemberita RTM selepas menyempurnakan Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin ke Johor, di sini.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ditemui pemberita RTM di Kuantan hari ini,
sempena pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin ke Johor)

Antara sumbangan barangan keperluan asas yang diagihkan adalah seperti selimut tebal, tikar, kit kebersihan, lampin kanak-kanak dan air mineral.

Katanya, beliau cukup memahami situasi dialami mereka yang terjejas berikutan kejadian banjir melanda negeri Pahang, saban tahun.

Justeru, beliau berharap sumbangan yang dihulur dapat meringankan beban ditanggung penduduk terjejas.

Sementara itu, bantuan makanan dan keperluan penduduk terjejas banjir di Pahang setakat ini telah diagihkan oleh semua agensi dan pihak terlibat.

Media Baharu