fb fb fb fb fb

Akta FINAS dipinda?

PUTRAJAYA, 3 Mac- Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkemungkinan akan dipinda berikutan isu Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah disuarakan oleh Ketua Audit Negara
sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata, terdapat ahli lembaga badan itu yang menerima geran serta manfaat daripada dana kerajaan yang menunjukkan berlakunya ketirisan dalam badan perfileman itu.

Perbincangan akan dibuat untuk mendapatkan maklum balas dari pihak industri untuk meneliti pindaan yang bersesuaian.

"Saya telah bertemu dengan Ketua pegawai Eksekutif (CEO) FINAS dan pihak pengurusan bagi meneliti apa yang telah berlaku.

"Saya dapati, mungkin Akta FINAS perlu dipinda kerana ada kekangan ataupun kelompongan yang mungkin diperbaiki. Perkara itu telah dibincangkan," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyentuh isu berkait royalti pemuzik tempatan termasuk waris Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Jelasnya, satu sesi libat urus kan dibuat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membentuk satu jawatankuasa untuk meneliti aspek-aspek yang melibatkan bayaran royalti serta pembangunan industri muzik di negara ini.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu