fb fb fb fb fb

Semua menteri perlu teliti dan semak LKAN 2021

PUTRAJAYA, 3 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada semua menteri perlu meneliti dan menyemak Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, mengikut kementerian masing-masing dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

Menurut jurucakap Kerajaan Persekutuan yang juga Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, "walaupun dapatan mungkin berkait isu sebelum ini, tetapi perkara yang dibangkitkan itu mesti diselesaikan segera.

"Jadi ini antara penegasan bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebagai contoh teguran yang dibuat serta penegasan yang dibuat ketua audit negara berhubung Dana Kandungan Digital (DKD) yang sebelum ini bermasalah," katanya di sini.

Bagaimanapun, Fahmi telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pengurusan untuk meneliti permasalahan yang telah berlaku.

Secara keseluruhan, LKAN yang dikeluarkan pada 16 Februari lepas menyatakan pelaksanaan aktiviti, projek dan program Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan mengikut objektif ditetapkan namun masih terdapat kelemahan seperti sasaran hasil pengeluaran dan keberhasilan yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan Jemaah Menteri supaya mengambil serius dan meneliti setiap teguran LKAN tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu