fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM41.41 bilion daripada RM44.28 bilion manakala mudah tunai dana Islam turun kepada RM27.91 bilion berbanding RM34.04 bilion pagi tadi.

Terdahulu, bank pusat itu mengadakan dua tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM41.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.90 bilion untuk wang tiga hari.

Setakat 2 Mac Feb 2023, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah pada 2.75%. -BERNAMA

(Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM)

Media Baharu