BATU PAHAT, 3 Mac- Kerajaan Johor memohon bantuan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri tidak terjejas banjir berikutan petugas sedia ada tidak mencukupi.
Menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, petugas tambahan diperlukan bagi menampung keperluan semasa, susulan banjir luar biasa yang melanda Johor.
"Semua 10 daerah di Johor sudah dilanda banjir dengan jumlah penduduk terjejas melebihi 33,000 orang setakat 1.00 tengah hari," kata Onn Hafiz kepada media di sini.
Katanya, beliau bersimpati dengan petugas-petugas terlibat yang bertungkus lumus membantu, malah ada antara mereka mula keletihan disebabkan tidak tidur selama tiga hari.
Selain petugas, jentera tambahan juga diperlukan bagi melancarkan operasi menyelamat.
(Datuk Onn Hafiz berkata petugas tidak mencukupi, kerajaan Johor mohon bantuan Persekutuan
& negeri-negeri tidak terjejas banjir)